Togetherness..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, November 12, 2008

Cerita Lelaki

Cerita 2:
Aku tidak faham dengan lelaki. Mereka kata mereka mahu yang bertudung, sopan dan sebagainya. Dan kemudian cuba lihat kekasih mereka. Ohh mukanya macam Sophie Ellies Bextor, badannya mahu macam JLo, asetnya seperti Pamela dan pakaiannya macam Hollywood. Cakap tak serupa bikin.. Boleh gila memkirkan apa sebenarnya yang mereka mahu –masa bercinta cari yang seksis.. bila kahwin baru cari yang baik-baik. Yang pastinya, lelaki sekarang kurang menghormati wanita. Seriously, think about it. They are the one who starts all the gossips. Mereka kata begini tapi buat begitu. Lelaki memang gah dalam sesetengah hal. Mereka boleh perfect dalam bab curang dan hebat dalam hal sudah-berpunya tapi mengaku single. Kadangkala mereka telah mendapat perempuan yang cantik dan menghargai mereka tapi mata masih melilau mencari yang lain. Mungkin mereka ini tidak pernah puas dengan apa yang ada. Mungkin kerana mereka berpegang kepada nafsu yg satu itu. Aku pelik kenapa perempuan baik jatuh ketangan lelaki sebegitu.. kerana pada pendapat aku, lelaki jahat hanya untuk perempuan bitchy. Waa aku mahukan lelaki yang baik kerana aku perempuan baik yang menganggap cinta adalah sesuatu yang murni. Aku percaya, apa yang kita idamkan dan walaupun mempunyai list 2mukasurat criteria lelaki idaman, tetapi apa yang diidamkan belum tentu menjadi hak kita. Kita yang mencorak takdir sendiri. Mungkin sedikit feng-shui diperlukan untuk sesebuah relationship.

No comments: